Sunday, August 11, 2013

ASAL-USUL SEJARAH PEMBUKAAN AYER TAWAR

Assalamualaikum.pada hari ini aku nak  bercerita serba sedikit asal-usul pembukaan Ayer Tawar Perak.sumber ini aku dapat melalui tulisan oleh Tuan hj Mohd Hashim b. hj Mohd Din yang di karang pada 7hb mac 2013.



SEJARAH PENGHIJRAHAN ORANG MANDAILING DARI NEGERI PANAI,SUMATERA UTARA KE SITIAWAN,PERAK,MALAYSIA.


     Pada awal abad ke 19 dan awal abad ke 20,ramailah rakyat indonesia berhijrah ke tanah melayu untuk mengelak dari penindasan penjajahan belanda yang mengenakan cukai kepala yang di namakan "RODI BLASTING" kepada semua rakyat indonesia.pada kira-kira tahun 1905,tiga orang bersaudara sepupu iaitu arwah Raja Kongah Sati,arwah Raja Mamat dan arwah Raja Ismail dengan keluarga masing-masing telah berhijrah dari Labuhan Batu,Panai,Sumatera Utara ke Sitiawan,Perak dan menetap di Sungai Wangi dekat Sekolah Kebangsaan Sungai Wangi sekarang.Mereka memilih Sitiawan kerana jajahan Dinding adalah di bawah pentadbiran Pulau Pinang yang termasuk di dalam kumpulan negeri-negeri Selat(Straits Settlement)bersama Singapura dan Melaka.barangan murah kerana termasuk dalam zon bebas cukai.

   Dua tahun kemudian,datuk saya arwah Ulong Jaafar bin Japoso dan isterinya arwah Seri Genta serta arwah bapa saya turut berhijrah ke Sungai Wangi,Sitiawan kerana ingin tinggal bersama adiknya iaitu Arwah Seriati(hjh.Aminah isteri kepada arwah hj.Raja Ismail)

Selepas enam bulan tinggal di Sungai Wangi,datuk saya berpindah ke Ayer Tawar.Di masa itu,pekan Ayer Tawar belum wujud lagi,di penuhi hutan rimba yang tebal sampai ke kampung Kota,Bruas,tetapi dari Balai Polis Ayer Tawar hingga ke Lumut sudah jadi estet getah kepunyaan orang Inggeris.Buruh-buruhnya ialah orang India dari India Selatan.

   Arwah datuk saya mendirikan sebuah pondok kecil di tepi jalanraya betul-betul di hadapan kedai arwah hj Ibrahim Nasution sekarang.Beberapa bulan kemudian datanglah pula adik lelaki nenek saya yang bernama Kuncu Mat Jana bersama isterinya di masa itu mereka belum mempunyai anak lagi.arwah Kuncu Mat Jana adalah bapa kepada arwah mamak haji Musa iaitu suami kepada arwah Unden hjh Raesah.Turut bersama ialah arwah kuncu Dollah(hj Abdullah).Semasa mereka menebas semak,berkatalah arwah nenek saya kepada arwah wak kuncu Dollah dalam bahasa MANDAILING,"oh"Kuncu Dollah,mangolu do hita di riaria tombakon?Jawab wak Kuncu Dollah,bisa-bisa uncu hita baen poken dison.(maksud pertanyaan nenek saya,"hidupkah kita di hutan belantara ini?".jawab wak Kuncu Dollah,boleh-boleh makcik,kita buat pekan di sini).cakapnya menjadi kenyataan.

Oleh kerana nenek saya dan bapa saya di temani oleh keluarganya yang baru datang dari Sumatera,maka datuk saya pun pergi ke Batu Gajah berjalan kaki melalui jalan lama (Bruas,Parit,Tronoh,Siputeh,Pusing,dan Batu Gajah).Dua hari baru sampai.kerjanya menebang pokok hutan dekat Kellys Castle yang besar itu.dia balik ke Ayer Tawar enam bulan kemudian.

PEKAN AYER TAWAR BERASAL DARI BANGSAL PISANG SESIKAT


   Dengan wang hasil bekerja di Batu Gajah,dia mendirikan sebuah bangsal di hadapan kedai arwah Haji Ibrahim Nasution,menjual barang keperluan dapur.Pembelinya buruh-buruh india estet Ambika(taman Dinding dan taman Ayer Tawar dan di hadapannya estet menyenangkan diri).Kemudian orang cina ramai datang dari kampung Koh,Sitiawan meneroka dan menanam getah  di samping mendirikan beberapa buah kedai kayu pada masa yang sama arwah datuk saya pun mendirikan dua buah kedai kayu dua tingkat dengan hasil tangan nya sendiri.dia memang seorang tukang buat rumah dari Sumatera lagi.Bila hasil tanaman getahnya keluar,dia pun menambah bilangan kedai nya secara beransur-ansur hingga menjadi sepuluh buah Pada zaman pemerintahan Jepun,semua kedainya terjual kerana kesusahan.

   Arwah tok Raja Kongah Sati berpindah ke Ayer Tawar pada tahun 1910,rumahnya di hadapan gereja Methodist.Dia menjadi ketua kampung yang pertama.diikuti oleh arwah tok Raja Mamat,rumahnya dekat stesen minyak Petronas dan akhir sekali arwah tok Raja Ismail,rumahnya dekat surau batu tujuh belas sekarang.

   Sebelum orang melayu tinggal di kampung sekarang,mereka terlebih dahulu tinggal di kawasan pekan Ayer Tawar iaitu di kebun lama(jalan melayu sekarang) dan di hadapan gereja Methodist.Apabila orang melayu bertambah ramai,kerajaan membina sebuah masjid dan sekolah melayu ayer tawar dekat pasar dan pejabat pos.

Mengenai pekan Ayer Tawar,sebenarnya saya malu hendak menceritakannya tetapi sejarah tetap sejarah.tidak boleh di sembunyikan terutama kepada anak cucu bahawa "datuk saya  adalah pengasas pekan Ayer Tawar".(THE FOUNDER OF AYER TAWAR TOWN).Nasib malang tidak boleh di elakkan.

   Bahawa semua keturunan arwah Raja Kongah Sati ,arwah Raja Mamat dan arwah Raja Ismail,di nyatakan bahawa kalian adalah satu sama lain.berasal dari satu rumpun.





   Inilah serba sedikit catatan dari tuan hj hashim bin hj mohd din.untuk maklumat lebih lanjut lagi boleh menghubungi belian sendiri talian 05 8552477.