Assalamualaikum.pada hari ini aku nak bercerita serba sedikit asal-usul pembukaan Ayer Tawar Perak.sumber ini aku dapat melalui tulisan oleh Tuan hj Mohd Hashim b. hj Mohd Din yang di karang pada 7hb mac 2013.
SEJARAH PENGHIJRAHAN ORANG MANDAILING DARI NEGERI PANAI,SUMATERA UTARA KE SITIAWAN,PERAK,MALAYSIA.
Pada awal abad ke 19 dan awal abad ke 20,ramailah rakyat indonesia berhijrah ke tanah melayu untuk mengelak dari penindasan penjajahan belanda yang mengenakan cukai kepala yang di namakan "RODI BLASTING" kepada semua rakyat indonesia.pada kira-kira tahun 1905,tiga orang bersaudara sepupu iaitu arwah Raja Kongah Sati,arwah Raja Mamat dan arwah Raja Ismail dengan keluarga masing-masing telah berhijrah dari Labuhan Batu,Panai,Sumatera Utara ke Sitiawan,Perak dan menetap di Sungai Wangi dekat Sekolah Kebangsaan Sungai Wangi sekarang.Mereka memilih Sitiawan kerana jajahan Dinding adalah di bawah pentadbiran Pulau Pinang yang termasuk di dalam kumpulan negeri-negeri Selat(Straits Settlement)bersama Singapura dan Melaka.barangan murah kerana termasuk dalam zon bebas cukai.
Dua tahun kemudian,datuk saya arwah Ulong Jaafar bin Japoso dan isterinya arwah Seri Genta serta arwah bapa saya turut berhijrah ke Sungai Wangi,Sitiawan kerana ingin tinggal bersama adiknya iaitu Arwah Seriati(hjh.Aminah isteri kepada arwah hj.Raja Ismail)
Selepas enam bulan tinggal di Sungai Wangi,datuk saya berpindah ke Ayer Tawar.Di masa itu,pekan Ayer Tawar belum wujud lagi,di penuhi hutan rimba yang tebal sampai ke kampung Kota,Bruas,tetapi dari Balai Polis Ayer Tawar hingga ke Lumut sudah jadi estet getah kepunyaan orang Inggeris.Buruh-buruhnya ialah orang India dari India Selatan.
Arwah datuk saya mendirikan sebuah pondok kecil di tepi jalanraya betul-betul di hadapan kedai arwah hj Ibrahim Nasution sekarang.Beberapa bulan kemudian datanglah pula adik lelaki nenek saya yang bernama Kuncu Mat Jana bersama isterinya di masa itu mereka belum mempunyai anak lagi.arwah Kuncu Mat Jana adalah bapa kepada arwah mamak haji Musa iaitu suami kepada arwah Unden hjh Raesah.Turut bersama ialah arwah kuncu Dollah(hj Abdullah).Semasa mereka menebas semak,berkatalah arwah nenek saya kepada arwah wak kuncu Dollah dalam bahasa MANDAILING,"oh"Kuncu Dollah,mangolu do hita di riaria tombakon?Jawab wak Kuncu Dollah,bisa-bisa uncu hita baen poken dison.(maksud pertanyaan nenek saya,"hidupkah kita di hutan belantara ini?".jawab wak Kuncu Dollah,boleh-boleh makcik,kita buat pekan di sini).cakapnya menjadi kenyataan.
Oleh kerana nenek saya dan bapa saya di temani oleh keluarganya yang baru datang dari Sumatera,maka datuk saya pun pergi ke Batu Gajah berjalan kaki melalui jalan lama (Bruas,Parit,Tronoh,Siputeh,Pusing,dan Batu Gajah).Dua hari baru sampai.kerjanya menebang pokok hutan dekat Kellys Castle yang besar itu.dia balik ke Ayer Tawar enam bulan kemudian.
PEKAN AYER TAWAR BERASAL DARI BANGSAL PISANG SESIKAT
Dengan wang hasil bekerja di Batu Gajah,dia mendirikan sebuah bangsal di hadapan kedai arwah Haji Ibrahim Nasution,menjual barang keperluan dapur.Pembelinya buruh-buruh india estet Ambika(taman Dinding dan taman Ayer Tawar dan di hadapannya estet menyenangkan diri).Kemudian orang cina ramai datang dari kampung Koh,Sitiawan meneroka dan menanam getah di samping mendirikan beberapa buah kedai kayu pada masa yang sama arwah datuk saya pun mendirikan dua buah kedai kayu dua tingkat dengan hasil tangan nya sendiri.dia memang seorang tukang buat rumah dari Sumatera lagi.Bila hasil tanaman getahnya keluar,dia pun menambah bilangan kedai nya secara beransur-ansur hingga menjadi sepuluh buah Pada zaman pemerintahan Jepun,semua kedainya terjual kerana kesusahan.
Arwah tok Raja Kongah Sati berpindah ke Ayer Tawar pada tahun 1910,rumahnya di hadapan gereja Methodist.Dia menjadi ketua kampung yang pertama.diikuti oleh arwah tok Raja Mamat,rumahnya dekat stesen minyak Petronas dan akhir sekali arwah tok Raja Ismail,rumahnya dekat surau batu tujuh belas sekarang.
Sebelum orang melayu tinggal di kampung sekarang,mereka terlebih dahulu tinggal di kawasan pekan Ayer Tawar iaitu di kebun lama(jalan melayu sekarang) dan di hadapan gereja Methodist.Apabila orang melayu bertambah ramai,kerajaan membina sebuah masjid dan sekolah melayu ayer tawar dekat pasar dan pejabat pos.
Mengenai pekan Ayer Tawar,sebenarnya saya malu hendak menceritakannya tetapi sejarah tetap sejarah.tidak boleh di sembunyikan terutama kepada anak cucu bahawa "datuk saya adalah pengasas pekan Ayer Tawar".(THE FOUNDER OF AYER TAWAR TOWN).Nasib malang tidak boleh di elakkan.
Bahawa semua keturunan arwah Raja Kongah Sati ,arwah Raja Mamat dan arwah Raja Ismail,di nyatakan bahawa kalian adalah satu sama lain.berasal dari satu rumpun.
Inilah serba sedikit catatan dari tuan hj hashim bin hj mohd din.untuk maklumat lebih lanjut lagi boleh menghubungi belian sendiri talian 05 8552477.

peto dei dongan
ReplyDeleteSiapa pulak tok bagus bin tukang seman

ReplyDeleteapa hubungan kamu dengan Bagus bin Tukang Seman
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteTahu tak sejarah Jalan Hj Muhammad Ali. Sempena nama siapa agaknya?
ReplyDeletebagus2 .... menarik patut lah selalu kalo sebut je ayor tawo mesti orang akan kaitkan dengan mandailing... syabas saudara, tok nenek sedara pembuka pekan ayo tawo sekarang... dasat juga etnik mendeling ni, banyak bandar2 beso yg dibuka oleh orang mendeling, mcm KL, batu gajah, ipoh pun rasa2 blh jadi juga tu kan...
ReplyDeleteOHHH TERIMA KASIH.... BARU TAHU INI KESAH NYA...

ReplyDeleteuntuk makluman semua.penulis asal cerita ni yakni atuk saudara saya baru meninggal bln 7 yang lepas.Alfatihah
ReplyDeletesaya anaknya Lily Hashim atau anakbukitgantang. Aruah ayah di interview Hj Shahrom utk Muzium Perak. Al Fatehah kepada aruah bapa saya.
ReplyDeleteAssalamualaikum, saya mencari anak didik arwah datuk saya bernama Mahaguru haji omar baki juga di kenali sebagai Wak Koyong..saya dan sedarah sedaging sepupu2 kami ingin mencari kembali anak didik arwah datuk saya untuk menuntut ilmu persilatan yang di turunkan dan di asaskan oleh datuk kami di ayer tawar batu 17 perak.. Saya juga di fahamkan arwah datuk saya juga seorang yang btanggungjawab membuka perkampungan di ayer tawar..jika ada sebarang info bagi bagi dan sejarah yang boleh di kongsikan kepada kami..terima kasih atas bantuan dan info tuan/puan berikan kepada kami selepas ini assalamualaikum..
ReplyDeletewak koyong tu isterinya tok hawa,sepupu dengan arwah opah mak saya sulung saodah.encik boleh hubungi ibu saya 0194404187 untuk kepastian.
DeleteOpah saya jaedah bt.ochek..konal ke
DeleteAssalam ada sesiapa yang ada maklumat penuh tentang raja ismail? Sy ingin tahu adakah benar raja ismail bapanya adalah sutan puasa/sutan naposo yg membuka kuala lumpur?
ReplyDeleteapa yang difahamkan sutan naposo tu anak nya hj ismail,encik dahaman,alang adil,arwah cik osmat.
Deletesalam.. apa cerita seterusnya.. maksodnya Sutan Naposo iaitu yang membuka Kuala Lumpur itu ada kena mengena lah dengan orang Mandailing Ayer Tawar?
DeleteTidak.2 watak berbeza.dulu perkataan naposo tu byk digunakan untuk anak yang paling besar atau anak pertama.
DeleteAssalamualaikum...saya ingin mencari susur galur keluarga saya...nenek saya belah mak saya(mak kepada mak saya) berketurunan batu bara...majoritinya bermastautin di sungai wangi ...ayah kepada nenek saya itu bernama Razali...beliau pemandu teksi disekitar sungai wangi.. ayah nya itu bernama Drani @ abdul ghani... mak kepada nenek saya bernama noorani binti ulong.. ulong itu dikatakan berasal dari laboehanroekoe...beliau berhijrah ke lenggong..lebih tepatnya di temelong..
ReplyDeleteAssalamualaikum, saya Amran bin Raja Ayub bin Raja Mamat bin Sutan Naposo. Menarik baca sejarah terus dari keluarga Sutan Naposo. Saya tertanya kenapa Sutan Naposo yg membuka KL banyak mendapat dedahan berita Mendailing, dan kenapa tiada komen pasal nama Sutan Naposo Ayer Tawar oleh ahli sejarah dan penulis2? Saya pun dulu ingat Sutan Naposo Ayer Tawar adalah perintis KL. Wassalam.
ReplyDelete